Music Video

Featured In

Credits

PERFORMING ARTISTS
Aris Ariwatan
Aris Ariwatan
Vocals
COMPOSITION & LYRICS
Saari Amri
Saari Amri
Composer
PRODUCTION & ENGINEERING
Aris Ariwatan
Aris Ariwatan
Producer

Lyrics

[Verse 1]
Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi, oh kekasih lama
Kucuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam
[Verse 2]
Kukira engkau sudah melupakan
Kerana itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu
[Verse 3]
Kusingkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku menerka hatimu
Sehati denganku
[Verse 4]
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam pekatan malam
Tinggal aku seorang
[Verse 5]
Kusingkap kenangan dulu
Sewaktu cinta berputik
Kugenggam jari tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku menerka hatimu
Sehati denganku
[Verse 6]
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam pekatan malam
Tinggal aku seorang
[Verse 7]
Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki
Namun sempat jua kau menoleh ku di sini
Dalam keterpaksaan kau melangkah pergi
Namun sempat jua kau menoleh ku di sini
Written by: Saari Amri
instagramSharePathic_arrow_out