Music Video

Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu [OFFICIAL VIDEO]
Watch Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu [OFFICIAL VIDEO] on YouTube

Credits

PERFORMING ARTISTS
Malique
Malique
Vocals
Jamal Abdillah
Jamal Abdillah
Vocals
COMPOSITION & LYRICS
Jamal Abdillah
Jamal Abdillah
Composer
Tripdisz
Tripdisz
Composer
PRODUCTION & ENGINEERING
Malique
Malique
Producer

Lyrics

[Verse 1]
Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
Ternyata kamu lebih suci
Dari apa yang kubayangkan
[Verse 2]
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
[Verse 3]
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
[Verse 4]
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
(Mana tempatnya tergantung di persimpangan)
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan (Ihsan)
Ubat parut auditori kesan artileri insan gagal dikesan (Insan)
[Verse 5]
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu, cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup jangan sebut namaku
[Verse 6]
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu, ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Mintak tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak, biarkan saja begitu
[Verse 7]
Maafkan mereka, mereka tidak tahu (Mereka)
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
(Ohh... ooo) Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
[Verse 8]
Maafkan mereka, mereka tiada nilai (Mereka...)
Ibu bapak lalai dari kecil dah diabai (Aaa... ooo)
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
[Verse 9]
Atas kepala murai sekawan
Baling kuramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya, ah
[Verse 10]
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu, cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup, jangan sebut namaku
[Verse 11]
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
[Verse 12]
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir aliff ba ta, aliff
[Verse 13]
Ada teratak di hujung kampung (Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak (Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak (Aliff)
[Verse 14]
Ada teratak di hujung kampung (Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak (Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
[Verse 15]
(Ada teratak di hujung kampung) Aku
(Bawah cermin kopak ada kotak) Maafkan kamu
(Tersembunyi dalamnya ada tempurung) Tak perlu kita bertemu
(Sembunyi bawahnya katak melalak) Cukup kau tahu
[Verse 16]
(Ada teratak di hujung kampung) Yang aku
(Bawah cermin kopak ada kotak) Maafkan kamu
(Tersembunyi dalamnya ada tempurung) Tolong teruskan hidup jangan
(Sembunyi bawahnya katak melalak) Sebut namaku
[Verse 17]
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
[Verse 18]
Ternyata kamu lebih suci
Dari apa yang kubayangkan
Written by: Malique, Tripdisz
instagramSharePathic_arrow_out