Top Songs By Shiha Zikir
Credits
PERFORMING ARTISTS
Shiha Zikir
Vocals
Iqie Hugh
Keyboards
COMPOSITION & LYRICS
Firdaus Rahmat
Composer
Iqie Hugh
Composer
John Jeeves
Composer
PRODUCTION & ENGINEERING
Iqie Hugh
Producer
John Jeeves
Producer
Lyrics
[Verse 1]
Kamu jaga-jaga
Jangan terlalu mudah berkata
Kalamnya harus pelihara
Adat resam lama jangan lupa
[Verse 2]
Nama Shiha Zikir
Berpetah selepas ku berfikir
Tak kira tua atau muda
Ukurannya hanya pada jiwa
[Verse 3]
Ingatlah, asal-usulnya budaya
Seindah cara, seindah bahasa
Bicara, jadikan ia sebagai teladan
[Chorus]
Mulut harus dijaga
Nanti badan binasa
Kata-kata mulia
Bak halwa telinga
Senang hadam
Jadikan salam
Sembang jangan selamba
Asyik hendak mengata
Didik lidahmu sebut
Tutur kata lembut
Asam garam
Di dalam kalam
[Verse 4]
Ingat ujar ibu
Kata-kata itu bak peluru
Ha risau, tajam-tajam pisau
Tajam lagi kalam yang menikam
[Verse 5]
Ingatlah, asal-usulnya budaya
Seindah cara, seindah bahasa
Bicara, jadikan ia sebagai teladan
[Chorus]
Mulut harus dijaga
Nanti badan binasa
Kata-kata mulia
Bak halwa telinga
Senang hadam
Jadikan salam
Sembang jangan selamba
Asyik hendak mengata
Didik lidahmu sebut
Tutur kata lembut
Asam garam
Di dalam kalam
[Verse 6]
Selam tutur kata
Dalam tutur cara
Lihat macam mana
Adat cara kita
Biar mereka semua tahu
Cantik dalam cantiknya bahasa
Tak guna walau badan perkasa
Berfikir dulu baru berguna
Kalam dilafaz biar semuanya sempurna
Celupar, mulut jangan celupar
Tak sukar
Kalau berakal mesti kenal hujung pangkal
Kera sumbang, simpan sikit
Borak sembang, jangan belit
Otak kembang, jangan sempit
Mulut puaka bising dah macam burung pi-pi-pi-pi-pi-pit
Satu dua salam
Tiga empat kalam
Lima enam khatam
Tujuh hari hadam
Timba tinggi diam-diam
Shh
[Chorus]
Mulut harus dijaga
Nanti badan binasa
Kata-kata mulia
Bak halwa telinga
Senang hadam
Jadikan salam
Sembang jangan selamba
Asyik hendak mengata
Didik lidahmu sebut
Tutur kata lembut
Asam garam
Di dalam kalam
Written by: Firdaus Rahmat, Iqie Hugh, John Jeeves