Credits
PERFORMING ARTISTS
One Nation Emcees
Vocals
Kozae
Performer
COMPOSITION & LYRICS
Kozae
Songwriter
Mimifly
Songwriter
Jojoefly
Songwriter
Zydee
Songwriter
Luca Sickta
Composer
PRODUCTION & ENGINEERING
Kozae
Producer
Lyrics
Tak sabar ku menunggu
Bersua denganmu
Di hari mulia ini
Kita bertemu
Imbas kembali masa dulu
Hari kemenangan penuh memori
Di hening pagi air mata mengalir di pipi
Teringatkan insan yang telah lama pergi
Inilah hakikatnya dalam realiti
Mohon kemaafan beribu sesalan
Di hari mulia sesuci lebaran
Hidup ini perlu diteruskan walaupun sentiasa ada halangan dan dugaan
Ku teruskan
Kewujudanku bernafas di bumi Tuhan
Kembali dari perantauan mencari inti kehidupan
Terbayang-bayang kedamaian kampung halaman
Kini ku kembali terasa sungguh kerinduan
Sayup, terdengar suara takbir
Cantik, indah bila kau muncul di sebalik
Hello! Menyerikan lagi Aidilfitri
Bersyukur di atas nikmat-Nya
Beriku kesempatan
Moga kau tahu kau bermakna bagiku
Dan kerana itu kumohon kemaafan
Darimu yang tersayang di hari lebaran
Zahir batin kumohon keampunan (keampunan, keampunan, hey)
Moga tahun ini dapat diraikan bersama keluarga (keluarga)
Hidup di kota perantauan si anak desa (si anak desa)
Menggamit kenangan memori lalu (memori lalu)
Di saat waktu engkau ada bersamaku (ada bersamaku)
Mohon ampun ayah, ibu
Andai waktu dulu terguris hatimu (hatimu)
Ku mahu kau tahu
Ku mahu kau tahu (ku mahu kau tahu)
Kamu itu syurga buat diriku
Tak sabar ku menunggu
Detik bertemu denganmu
Dan beribu kata nak kuucapkan
Ku dibebani penyesalan
Kau maafkan aku
Andai waktu dulu
Terguris hatimu
Bila bersamaku
Beriku kesempatan
Moga kau tahu kau bermakna bagiku
Dan kerana itu kumohon kemaafan
Darimu yang tersayang di hari lebaran
Zahir batin kumohon keampunan
Beriku kesempatan
Moga kau tahu kau bermakna bagiku
Dan kerana itu kumohon kemaafan
Darimu yang tersayang di hari lebaran
Zahir batin kumohon keampunan
Writer(s): Luca Sickta, Kozae, Jojoe, Mimi Fly, Zydee
Lyrics powered by www.musixmatch.com