Top Songs By Altimet
Lyrics
[Verse 1]
Hujan damaikan aku
Khayalanku semakin membawaku jauh
Apa maknanya hidup?
Beban di bahu ini
Siapa yang tahu...
Dari mana datang suara-suara ini hujan bisikkan padaku
[Verse 2]
Berat
Pikul buah fikiran kelat
Kudrat tinggal dua tiga kerat
Minda medan perang
Sambil warasku meniti sendiri diatas benang
Tergelincir tak boleh terbang
Tergantung pegang kuat di bawah ada jurang
Terapung sedetik jerit penuhkan ruang
Lemas tanpa air, cemasku beku belum cair
Toleh kiri kanan tiada siapa yang hadir
Pandai cerdik mengherdik kau memang mahir
Suara itu batin tak nampak mulut yang zahir
Kadang berbisik kadang bergema
Kadang membelai kadang mencaci cela
Kadang dia senyap memerhati Bukan lenyap
Kadang dia masam kadang manis manja sedap
Selalu dia aku, menyamar sebagai kamu
Kembar siam yang tak diam aku dengan aku
[Verse 3]
Hujan damaikan aku
Khayalanku semakin membawaku jauh
Apa maknanya hidup?
Beban di bahu ini
Siapa yang tahu...
Dari mana datang suara-suara ini hujan bisikkan padaku
Sekiranya aku musuhku sendiri Siapa yang kan selamatkan aku?
[Verse 4]
Kalau hari ni dah khatam esok permainan baru
Kerja gila judikan waras kita baling dadu
Bertekak dlm otak bertarung dalam kalbu
Kita tengok siapa tewas aku atau aku
Kau memang Licik, tak boleh bagi muka sikit
Mula nak toncet pijak kepala sampai robek
Air muka tenang bawah permukaan bergelut
Tiada lawan mulut perang hujah ni tak bersebut
Pidato si angkuh aku ni patuh
Lebatnya debatnya aku sekerat je
Menang dan kalah ah aku tak salah
Tak boleh tabah ah aku tak gagah
Aku tak sempat rehat kita teruskan sambung
Dua belah dalam satu jasad sama bernaung
Bila akal bertarung, personaliti bersabung
Bila mantik tersadung, buah fikiran yang maung
[Verse 5]
Dalam Hujan ku bersihkan kekalutan
Ombak Datang Ombak pergi
Aku tenang...
Hujan damaikan aku
Khayalanku semakin membawaku jauh...
Written by: Altimet, Khairafik Bin Khairudin, Mimi Fly