Lyrics

[Verse 1]
Percaya kata janji-Mu
Kerana ku yakin apa di genggam-Mu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
[Verse 2]
Oh terseksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugat keteguhan iman
[Verse 3]
Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung oh
[Verse 4]
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh 'tuk bernaung
Kerana awan itu rapuh
[Verse 5]
Wah, ah, oh (Yang membawa ke syurga hakiki)
Dan abadi
[Verse 6]
Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerana dosa itu (Kerana dosa itu)
Lebih hitam dan kelam
[Verse 7]
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh 'tuk bernaung oh
[Verse 8]
Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerana ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan
[Verse 9]
Percaya kata janji-Mu
Kerana ku yakin apa di genggam-Mu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
instagramSharePathic_arrow_out